Apa kau cerita hitam ku?
Kau juga manusia seperti aku.
Ambil cerita ini,
Untuk pedoman diri.
Dulu aku putih,
Tidak sehitam ini,
Ramai manusia mengelilingi,
Dicium,dipuja dan dipuji.
Namun aku juga manusia,
Mata ku tidak selalu terbuka,
Terkadang ia nya lelap seketika,
Kala itu,aku hanyut dibuai dosa.
Mereka yang sudah berjalan jauh,
Hadir meminta aku melabuhkan sauh,
Dalam cerita hitam yang penuh peluh,
Sehingga kini,aku masih berlabuh.
Manusia,
Walau dipanggil abang,
Tetap ianya dalang,
Kerana silap semalam takkan hilang,
Dimatanya walaupun dipanggil abang.
Berjalan lah seorang diri,
Yakinlah pada ilahi,
Jika engkau benar kanan dan kiri,
Tuhan akan kurniakan bukti,
Untuk tutup semua mata hati,
Yang dulunya puji tapi kini caci.
kini siapa aku?
Apakah mereka masih mengenali aku?
Atau masih menganggap aku sang penipu?
Tiada lain,hanya aku,
Hanya aku yang bisa kembalikan siapa aku,
Yang dulunya putih,
Walaupun kini masih lagi berdiri didalam CERITA HITAM.
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA.
TERIMA KASIH PADA PENDUSTA.
TERIMA KASIH PADA MAHA PENCIPTA.
No comments:
Post a Comment